MUAFAKAT JOHOR

Info terkini berkaitan perancangan kerajaan negeri Johor melalui portal rasmi Menteri Besar Johor, Dato' Seri Khalid Nordin

SELANGOR PRESS

Portal berita negeri Selangor secara padat, bebas dan berani

31 Disember 2016

Isu BR1M, Mahfuz Omar Perlu Belajar Beri Kenyataan Lebih Cerdik

1. Saya terpanggil untuk menjawab sebaran Whatsapp kenyataan media Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj Mahfuz Hj Omar bertajuk "Jika BR1M Bukan Rasuah Jangan Takut Tolak UMNO/BN Pada PRU14" bertarikh 28 Disember 2016.

2. Beberapa kenyataan disebut dalam sebaran Whatsapp itu saya anggap kurang tepat dan dibuat secara sembrono tanpa mengkaji kaedah penyaluran BR1M dan tujuan BANTUAN tersebut disalurkan.

3. Sebaran Whatsapp tersebut mendakwa kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengaitkan BR1M sebagai rasuah dimanipulasikan media arus perdana dan UMNO untuk menutup isu tertentu seperti 1MDB, MRT, kejatuhan harga saham FGV dan pembelian EHP oleh Felda.

4. Saya beranggapan tuduhan wakil rakyat Pokok Sena itu dibuat secara 'tembakan rambang' memandangkan kenyataan Tun M itu lebih diberikan 'highlight' oleh media alternatif seperti Malaysia Kini dan Free Malaysia Today (FMT).

5. Malah Malaysia Kini dikesan sebagai media terawal melaporkan kenyataan Tun M melalui artikel bertarikh 25 Disember 2016 bertajuk "Ambil BR1M itu rasuah, salah di sisi undang-undang - Mahathir".

6. Kenyataan Tun M itu juga terlebih dahulu dikritik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbanding pemimpin UMNO. Maka persoalannya, pihak manakah yang sebenarnya sengaja mensensasikan kenyataan Tun M itu?

7. Tuduhan kedua pula mendakwa bahawa penerima BR1M dipaksa mendengar ceramah UMNO dan menyokong Barisan Nasional (BN) sebenarnya kurang tepat.

8. Sehingga kini tiada paksaan untuk mana-mana penerima BR1M menyokong BN, malah ramai kalangan penerima BR1M merupakan penyokong Pakatan Pembangkang.

9. Berdasarkan logik diberikan Mahfuz ini, seharusnya BN mampu menawan Kelantan dan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 memandangkan 84 peratus (pada tahun 2012) isi rumah di Kelantan merupakan penerima BR1M, manakala 13 peratus dari keseluruhan penerima BR1M pula terdiri dari rakyat Selangor.

11. Mungkin Mahfuz tidak diberitahu bahawa sebilangan besar penerima BR1M tidak pernah bertemu pemimpin UMNO pun untuk mengambil bantuan tersebut memandangkan wang BR1M disalurkan terus ke akaun bank mereka.

12. Maka sekali lagi, saya ingin bertanya kepada Mahfuz, benarkah BR1M berjaya membeli sokongan rakyat terhadap BN?

13. Kenyataan ketiga Mahfuz yang memperkecil-kecilkan jumlah BR1M diterima rakyat jelas memaparkan sikap dangkal dan jumud Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mungkin beliau tidak memahami tujuan BR1M disalurkan sehingga sanggup mempelekehkan jumlah bantuan tersebut.

14. Benar jika dikira dalam pecahan harian, nilai BR1M cuma sekitar RM3.28, tidak cukup untuk membeli sekilo ikan Kembong pada harga semasa. Namun dengan nilai tersebut, penerima BR1M mampu membeli sekilo beras ST5 dan 4 biji telur gred C setiap hari. Bukankah tujuan BR1M untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan sasar tercapai?

15. Saya berpandangan bahawa kenyataan Mahfuz ini merupakan kenyataan terdesak untuk memperlekehkan pelaksaan BR1M yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

16. Mungkin usaha kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia dilihat kecil dan enteng oleh Mahfuz dan kelompok sepemikiran dengannya.

17. Namun percayalah bantuan ini cukup besar nilainya pada rakyat terutama golongan penerima BR1M.

18. Dan hakikatnya mana-mana pihak yang mempersenda BR1M sebenarnya bukan memperkecilkan usaha kerajaan Barisan Nasional, sebaliknya memperlecehkan kelompok rakyat yang mengharapkan bantuan ini bagi meringankan beban hidup mereka.

19. Sungguh.